Bentuk bulat : melambangkan semangat setia kawan (espirit de corps), persefahaman dan perpaduan.
Obor :
bermaksud semangat yang tak kunjung padam dalam berusaha mengejar matlamat atau cita-cita
Buku :
bererti gedung ilmu yang sentiasa wujud dan patut dituntut pada bila-bila masa agar menjadi insan yang berilmu.
Puncak :
menunjukkan matlamat yang dituju iaitu menjadi warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.
Berusaha, Berilmu dan Beramal :
Berusaha dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Berilmu – bersungguh-sungguh mencari pengetahuan. Beramal – menggunakan pengetahuan untuk dunia dan akhirat.
Warna :
Hijau –lambang dan konsep pertanian. Hijau Muda dan tua membawa erti mengajar pengetahun tanpa had umur – dari buaian ke liang lahad.
Putih – kesucian dan keluhuran
Merah pada obor – semangat yang bersemarak, berani untuk menghadapi sebarang rintangan atau cabaran.
Jangka dan Roda :
Jangka dan Roda :
Jangka – melambangkan kemajuan teknologi yang harus dicapai dan mata pelajaran yang diajar.
Roda –lima gigi pertama melambangkan lima Rukun Islam dan Rukun Negara. Tiga lagi gigi merujuk kepada guru, pelajar dan ibu bapa.
Pokok Kayu Ara :
Melambangkan sejarah tempatan serta kesuburan tanah bagi tujuan kehidupan, pertanian dan budaya positif.