Visi
:
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi :
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat :
Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong akan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.


PENGURUSAN SEKOLAH 2009

MAKLUMAT PENGURUSAN DAN KAKITANGAN

PENGETUA :
EN JUHAIR BIN JUMAAT
PEN KANAN 1 :
PN HJH ZAINURIAH BT HJ AMAN
PK HEM :
EN RAZALI BIN HJ MUSTAMAR

PK KO-KURIKULUM :
EN ISMAIL BIN KETANG
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA :
(KOSONG)

GURU KANAN MATA PELAJARAN :

BAHASA :
PN ANDIK RADHIAH BT A AZIZ

SAINS & MATEMATIK :
EN ONG TENG HU

SAINS KEMASYARAKATAN :
EN MOHD FADIR BIN MOHD SALLEH
TEKNIK & VOKASIONAL :
EN ZULNURAINI BIN RAHMAT@ HJ. ZOHDI


MAKLUMAT STAF:

1.GURU : 52 ORANG
2.STAF SOKONGAN : 13 ORANG
3.STAF PEMBERSIHAN : 6 ORANG
4.STAF KESELAMATAN : 3 ORANG

19 Oktober 2009

Mengapa Anda Selalu Lupa?

Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan? Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal. Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam.

Jangan cari alasan. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. “Buat apa baca sekarang esok lupa juga”. Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan. Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya. Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca. Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya. Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia. Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat..

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci. Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk. Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh fakta:
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.

Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut. Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera’ yang merupakan kata kunci kepada fakta. Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya. Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak. Tidak perlu terburu-buru. Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.
Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil. Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta. Baik, sekarang mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta? Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda. Sekali lagi jangan terburu-buru. Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan. Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam. Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:

Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
Imbas 5 – 10 minit dimusim peperiksaan.
Gunakan teknik-teknik ingatan. Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi. Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Elakkan dari tidur petang. Ini lagi satu penyakit. Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan. Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w. Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain. Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk. Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan

Pembelajaran Kooperatif Yang Berkesan

Apa dia pembelajaran kooperatif ?

Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Selain dari itu, ciri-ciri umumnya ialah:

Ciri- ciri pembelajaran kooperatif

Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, diantaranya ialah :

1. Matlamat kumpulan

Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas dalam usaha kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Interaksi sosial ditekankan.

Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap kumpulan melalui perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu yang turut serta mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.

3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif gerak kerja.

Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan. Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas masing-masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek. Penyertaan pula bermaksud semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.

Apakah kelebihan pembelajaran kooperatif ?

Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa yang khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :

Membaiki hubungan sosial

Meningkatkan pencapaian

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Meningkatkan kemahiran sosial

Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi

Meningkatkan kemahiran teknologi

Meningkatkan keyakinan diri.

Beberapa bentuk pembelajaran kooperatif

1.Kaedah Jigsaw II

Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi ‘juru’ dalam sub-unit sesuatu topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap ‘juru’ mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan ‘juru’ dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untukmenjadi ‘juru’ dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.

2.Kaedah STAD

STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum.

TAI

TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan dijumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil.

Beberapa strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran kooperatif

Pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja dengan berkesan bersama-sama.Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan ahli dalam kumpulan. Kumpulan kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana pembabitan ahli kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Disamping itu, pembentukan kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul sesama ‘klik’ mereka sahaja.

Tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan saling bergantung untuk mencapai objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan yang boleh diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli kumpulan. Ini boleh menyebabkanada ahli kumpulan yang ‘lepas tangan’ ataupun dipinggirkan oleh orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya tidak dapat dicapai.

Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan kumpulan. Satu cara ialah melalui pemberian markah. Setiap pelajar mendapat markah individu dan markah kumpulan bergantung kepada markah individu. Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan.

Berikan garis panduan tingkahlaku dan kemahiran berkomunikasi kepada pelajar. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.

Pastikan jenis dan amaun interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.

Belajar Cara Belajar (BCB)

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa cadangan dan idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:

  1. Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru.
  2. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid
  3. Membimbing guru mengenal pasti startegi pembelajaran yang sesuai untuk murid.
  4. Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
  5. Menyediakan contoh rancangan pengajaran-pembelajaran untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab:

  1. Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad.
  2. Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad.
  3. Sika tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka.
  4. Murid perlu belajar untuk memperolihi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan.
  5. Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu.
  6. Kemahiran belajar cara belajar sejajar dalam matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid..

OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut:

  1. Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.
  2. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
  3. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.
  4. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.
APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR?

Pengertian Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasuklah:

  • Kemahiran mendengar dengan berkesan.
  • Kemahiran membaca.
  • Kemahiran mencatat nota.
  • Kemahiran menulis.
  • Kemahiran mengingat.

a. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan.
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses.

1. Apa yang didengar.
1.1 Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi, muzik, ucapan, arahan, lakonan, lagu, berita, pengumuman, syarahan dan pelbagai lagi.

2. Mengapa perlu mendengar.
2.1 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan pengetahuan dari apa yang didengar.
2.2 Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik.
2.3 Untuk mengetahui perkembangan semasa.
2.4 Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.

3. Siapa yang didengar.
3.1Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan mereka yang memberikan pendapat.

4. Bagaimana mendengar dengan berkesan.
4.1 Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh perhatian terhadap apa yang disampaikan.
4.2 pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang tenang dan selesa.

5. Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar.
5.1 kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara memotivasikan diri untuk memberikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu.
5.2 mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai.
5.3 Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis.

b. Kemahiran Membaca.
Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu:

1. Skimming / Luncuran.

Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam proses bacaan ini juga ialah bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

2. Scanning / Imbasan.

Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan.
Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

3. Bacaan intensif

Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca.
Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

4. Bacaan Laju.

Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan.

Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.

c. Kemahiran Mencatat Nota.

Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.

d. Kemahiran Menulis

Menulis Laporan
Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:

  • Memilih topic sekiranya tidak diberikan.
  • Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
  • Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topic.
  • Membuat nota .
  • Menyediakan kerangka laporan.
  • Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik.
  • Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai.
  • Menyemak draf.
  • Membuat pemurnian dan menulis draf kedua.
  • Menerbitkan laporan.
Kemahiran Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:

  • Kelajuan menulis.
  • Tulisan yang boleh dibaca.
  • Kandungannya difahami.

Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Dalam peperiksaan dengan jangka masa yang terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis. Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa.

Syarat pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk menyampaikan banyak maklumat atau fakta dalam ingatan semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna.

e. Kemahiran Mengingat

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama.

Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan.

Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:

  • Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan.
  • Menyimpan maklumat.
  • Mengingat kembali maklumat.

KEMAHIRAN MAKLUMAT

Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara belajar yang pentinh. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi oleh murid.

Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

STRATEGI METAKOGNISISI

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses seperti berikut:

  • Merancang apa yang dipelajari.
  • Memantau kemajuan pembelajaran diri.
  • Menilai apa yang dipelajari.

Proses Metakognitif

a. Proses Merancang

Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.

b. Proses Memantauan

Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti:
- Apakah soalan yang perlu saya kemukakan?
- Adakah ini membawa makna kepada saya?
- Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
- Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?

c. Proses Menilai

Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
- Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?
- Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya?
- Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?

Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.

RUMUSAN

Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang memaksa .Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang.

Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.

Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:

  • Kemahiran belajar
  • Kemahiran maklumat
  • Strategi metakognitif

Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat dan strategi metakognitif yang mana murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku.

21 Ogos 2009

11 Teknik Memperbaiki Displin Bilik Darjah

1. Berfokus
Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran.
Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar
Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa.
Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru.
2. Instruksi Secara Langsung
Ketidakpastian meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran dalam bilik darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan.
Guru boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh melakukan aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk pelajar berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain. Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana ia tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar juga menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang masa bebas untuk pelajar.
3. Pemantauan
Kunci kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah. Semasa murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa kemajuannya.
Guru yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar telah bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar, dan memberi pengajaran bersifat individu.
Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama.
4. Teladan
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar.
Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut apabila ia menolong pelajar secara individu.
5. Isyarat Bukan Lisan
Untuk mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan isyarat bukan lisan seperti liceng atas meja, suis lampu, atau 'clickers'.
Isyarat bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan - apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan.
Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih.
6. Kawalan Persekitaran
Sebuah bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran.
Pelajar muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan item-item peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahan-bahan mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan perbualan antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid, semakin kurangnya masalah disiplin.
Walaupun bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga sudut yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang hiasan untuk menjalankan kerja-kerja sendiri.
7. Intervensi Berprofail Rendah
Kebanyakan pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian boleh dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap.
Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan sentiasa rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu.
Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai 6 biji rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan Ado?" Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap atau menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar lain tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo.
8. Displin Asertif
Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsistennya.
9. Mesej - Saya Yang Asertif
Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah disiplin.
Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik.
Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'.
Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan menjawab dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan salah saya...'; 'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid.
10. Mesej - Saya Yang Humanistik
Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'. Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.'
Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu!
11. Displin Positif
Gunakan peraturuan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada 'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang bergaduh'.
Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan.
Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman, anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah laku yang baik.

Selamat Berpuasa



TAKZIAH

Warga sekolah ingin mengucapkan takziah kepada:

1. Nurul Syidayanti Binti Abdullah, pelajar 5 Cekal serta keluarga di atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah..

2. Cikgu Yusmareeza Fariz dan isteri di atas kepemergian anakanda tercinta..

15 Ogos 2009

Mengimbas kembali Kaedah & Teknik Pengajaran

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajar dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran.

Pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.

Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.

Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau SR maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya. Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lembing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.

Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

Kursus Profesionalisme: Pembestarian Sekolah





Tahniah kepada Ustazah Rodzita Ismail kerana berjaya menjalankan kursus tersebut pada 15 Ogos 2009 di Makmal Komputer 2 mulai jam 8.30 pagi..

Perwatakan menarik penceramah dalam memberi maklumat berjaya menarik perhatian peserta; terdiri dari para guru SMKKAP...

Tahniah kepada Cikgu Feazah Wahid kerana menyumbangkan suara dari perut ketika mengetuai nyanyian Lagu Sekolah Bestari...

Intipati Kursus:

Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada Sekolah Bestari?

Apabila dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang telah menjadi sekolah bestari:
  • Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.
  • Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid.
  • Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan.
  • Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran.
  • Pengetua atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.
  • Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.

Apakah Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
  • Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
  • Polisi
  • Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
  • Teknologi
  • Proses
Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi.

Mengapakah kita memerlukan Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.


Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.

Untuk informasi lanjut:

Sila email: wakdobeel@yahoo.com.my

31 Julai 2009

Gerak Gempur Bahasa Inggeris SPM

Buat makluman semua guru dan pelajar. Gerak gempur B.Ing Kertas 2 akan diadakan pada 4hb. Ogos 2009 pada jam 10.40 pagi. Sebelum itu, Perkongsian Pintar SPM B.Ing dengan Cikgu Tan Sue Lee dari SMK Dato' Ali Haji Ahmad akan diadakan bermula jam 8.00 pagi.

30 Julai 2009

Jadual Aktiviti di SMKKAP

27 - 30 Julai 2009 - Karnival Sukan & Permainan

20 - 31 Julai 2009 - Minggu Pusat Sumber

3 Ogos 2009 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Patriotisme

- Pelancaran Bulan Galakan Membaca

Majlis pelancaran akan dilaksanakan pada hari Isnin semasa perhimpunan rasmi. Semua guru dan pelajar diharap maklum.

01 Julai 2009

Hari Koperasi Sekolah

Hari Jumaat yang lalu, 26 Jun 2009, SMKKAP telah mengadakan banyak aktiviti sempena HariKoperasi. Antaranya Pertandingan Petanque, Sahiba, Aktiviti Jualan Gerai, Pameran, Pertandingan Bolasepak Berkain Pelekat, Pertandingan Tarik Upih, Khidmat Cuci Kereta dan Motorsikal dan Kuiz Koperasi.... Sambutan sungguh meriah....Tahniah kepada semua warga SMKKAP kerana bekerjasama menjayakan Hari Koperasi...Terima kasih... APA YANG PENTING?.....KERJASAMA...

24 Jun 2009

Panitia Cemerlang

03 Jun 2009

Ujian Permata Pintar UKM 1

Pada 3 dan 4 Jun, semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 bagi kelas Rancangan Khas dan Amanah dikehendaki menduduki ujian permata pintar UKM. Alhamdulillah..hari ini lebih 50 pelajar telah menduduki ujian tersebut...Terima kasih...Jika ada sebarang masalah..sila berjumpa dengan Cikgu Kamahabzanizam atau Encik Shahrul...Mudah-mudahan ada pelajar kita yang layak ke Ujian 2...

www.permatapintar.com.my

01 Jun 2009

PERATURAN TETAP GURU

KEHADIRAN BERTUGAS

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981,menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira jam 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.
4. Peraturan-peraturan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

KEPATUHAN TUGAS

1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengesahkan dan menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tandatangan.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa Pengetua dengan memberi sebab musabab kelewatan ini.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

TUGAS

1. Semua guru tertakluk kepada Perintah Am dan Arahan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
2. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.
3. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh pengetua atau guru kanan. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
4. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan latihan-latihan lain diperiksa dengan teliti.
5. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
6. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Penga-jaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.
7. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang / rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua boleh mengarah guru-guru mengguna-kan masa itu menggantikan guru yang tidak hadir.
8. Mereka perlu membuat persediaan seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.
9. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

BUKU RINGKASAN PENGAJAR

1. Kementerian Pelajaran boleh menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Pengetua memerlukan agar dia berbuat demikian.

PERHUBUNGAN GURU DENGAN PELAJAR

1. Guru mesti mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada pengetua atau guru disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Pengetua untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.
4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap adalah seperti menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta benda sendiri, guru, pelajar dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau pengetua.
5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.
6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau Penolong Kanan dengan segera.

PAKAIAN

1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan Baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

KENYATAAN

1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Pengetua atau pihak sekolah.

SURAT

1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua.

LAWATAN

1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelas hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Pejabat Pelajaran Daerah.
2. Untuk lawatan ke luar negari, borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah melalui Pengetua. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

KUTIPAN WANG

1. Guru Penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahguna-kan oleh persatuan dan kelab. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya.

29 Mei 2009

Special Teachers

Teachers,
getting us ready for our future,
we get mad,
cry,
yell,
laugh,
and have some of the happiest moments we could ever experience with our teachers. If anybody deserves to be recognized, it is our teachers. But no trophy or award could ever express our gratitude. The best gift that we could ever give our teachers
is to graduate and succeed in life. That's why they are here today and have dedicated their lives to teaching children who are special, smart, gifted, tall, thin and husky. That is exactly what a child is to a teacher, and that's why we can touch the sky, and when, God willing, we sometimes go beyond the moon.

I dedicate this poem to All Teachers forever, and always.

Khairul...

23 Mei 2009

LDP - Kursus EduwebTV




Alhamdullilah...selesai kursus EduwebTV bagi tahun2009. Terima kasih pada Cikgu Shuhiza dan Cikgu Kama di atas tunjuk ajar yang diberikan...

16 Mei 2009

SMILE!!!

Simple BYE make us CRY,
Simple JOKE make us LAUGH,
Simple CARE make us ALL IN LOVE,
Simple TOUCH make us FEEL BETTER,
But I hope my simple wish "HAPPY TEACHERS' DAY" make all the teachers SMILE.

15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU

Happy Teachers' Day.....

Isnin ni... Pelbagai acara akan diadakan bagi menyambut Hari Guru sempena sambutan hari guru peringkat SMKKAP. Cikgu-cikgu semua jangan lupa... bersedialah ye.

14 Mei 2009

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber

Alhamdulillah....selesai sudah Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah di Hotel Seri Malaysia JB. Saya akan menggunakan semua input yang saya dapat dari bengkel ini untuk memajukan Pusat Sumber Sekolah dengan bantuan guru-guru dan murid-murid. Diharap saya akan mendapat kerjasama dari semua pihak. Terima kasih. Pusat Sumber Asas Kecemerlangan Sekolah.

12 Mei 2009

JOM KONGSI....

SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN

BIla diminta menukarkan fail sedia ada kepada fail yang baru... Saya pun merujuk rakan saya yang terlibat dengan ISO bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti Sekolah Menengah Negeri Johor.

Ini yang saya dapat. Jom kongsi.....

Untuk itu sila klik link di sebelah SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA untuk muat turun senarai tersebut

11 Mei 2009

SOFTBOL

CAIRO.... CAIRO.... KAYU ARA.... KAYU ARA..... GO.. GO CAIRO GO..

Tahniah.... 1st time masuk bertanding, dapat NO 3 (P18 dan P15). Malah dah ada yang dipilih mengikuti latihan ke MSSJ. Tahniah pada semua yang terlibat.

Walaupun ramai yang dah bertukar warna kulit. Terutama Nabila, Munira, Minah, Tun, efa dan rakan-rakan. Tapi semangat tu yang kita respek......


Tahniah pada Cikgu Zaki dan Abang Shahrul... kerana berjaya melahirkan bakat-bakat baru.....
Perempuan 15 ....Cerah masa depan. 3 pemain mewakili daerah ke MSSJ... Tahun depan.... cuba lagi....

09 Mei 2009

JOHAN LAGI


Tahniah kepada pelajar-pelajar yang menyertai pasukan bola baling peringkat MSSD pada 5 dan 6 Mei yang lalu. Segala keringat anda berbalas. P15- Johan, P-18- N. Johan, L-18-Ke 4.


Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat.
Cikgu Khairul, Nazarizal, Zaki, Anis Hasanah dan Cikgu Mastura.


Bagi Zubaidah, Fatin, Aishah, Yong Ho, Wei Liang, Zi Shiang dll yang akan meninggalkan sekolah selepas SPM tahun ni. Terima kasih banyak-banyak. 5 tahun anda semua mencurahkan keringat untuk kejayaan sekolah kita.


Bagi yang lain... Fazreen and Ain dan kawan-kawan...teruskan usaha.

25 April 2009

TAHNIAH!

Tahniah diucapkan pada Cikgu Zainuriah kerana naik pangkat dari PK Hem jadi PK1,

Cikgu Razali kerana naik pangkat dari PK Kokurikulum menjadi PK Hem.

Begitu juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cikgu Ismail Ketang yang telah dinaikkan pangkat menjadi PK Kokurikulum....

Diucapkan Selamat datang dan tahniah kepada Cikgu Mohd Fadir kerana naik pangkat jadi Ketua Bidang Sains Sosial. Selain dari Cikgu Razali... Cikgu Mohd Fadir pun orang sini....

11 Januari 2009

MAKNA TERSIRAT LENCANA

Bentuk bulat : melambangkan semangat setia kawan (espirit de corps), persefahaman dan perpaduan.

Obor :
bermaksud semangat yang tak kunjung padam dalam berusaha mengejar matlamat atau cita-cita

Buku :
bererti gedung ilmu yang sentiasa wujud dan patut dituntut pada bila-bila masa agar menjadi insan yang berilmu.

Puncak :
menunjukkan matlamat yang dituju iaitu menjadi warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan beramal dengan ilmu yang diperolehi.

Berusaha, Berilmu dan Beramal :
Berusaha dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Berilmu – bersungguh-sungguh mencari pengetahuan. Beramal – menggunakan pengetahuan untuk dunia dan akhirat.

Warna :
Hijau –lambang dan konsep pertanian. Hijau Muda dan tua membawa erti mengajar pengetahun tanpa had umur – dari buaian ke liang lahad.

Putih – kesucian dan keluhuran

Merah pada obor – semangat yang bersemarak, berani untuk menghadapi sebarang rintangan atau cabaran.

Jangka dan Roda :
Jangka – melambangkan kemajuan teknologi yang harus dicapai dan mata pelajaran yang diajar.

Roda
–lima gigi pertama melambangkan lima Rukun Islam dan Rukun Negara. Tiga lagi gigi merujuk kepada guru, pelajar dan ibu bapa.

Pokok Kayu Ara :
Melambangkan sejarah tempatan serta kesuburan tanah bagi tujuan kehidupan, pertanian dan budaya positif.